Malaysia Web Hosting

Saturday, 2 July 2011

Pucuk Ubi Masak Lemak


Bahan-bahan:
  • 1 ikat pucuk ubi (direbus hingga empuk)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 batang lada merah dan hijau (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 7 gm ikan bilis (dikisar)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • Sedikit garam dan gula
Cara Membuatnya:
  1. Pucuk ubi ditoskan dan diperah sedikit untuk mengeringkan airnya dan biarkan dahulu pucuk ubi ini.
  2. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama-sama bahan hiris dan juga bahan kisar dan dikacau rata.
  3. Setelah itu masukkan serai yang dititik tadi, dan kacau lagi sebentar.
  4. Masukkan pucuk ubi yang telah ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau lagi dan kemudian masukkan santan pekat bersama garam dan gula. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
  5. Bila kuah mula mendidih bolehlah api ditutup.
Selamat Mencuba!!

Friday, 1 July 2011

Elak Batu Lesung Tumpul

Bagi Mengelakkan batu lesung tumpul, jangan memasukkan cuka kedalam bahan yang hendak ditumbuk di dalam lesung tersebut. Cuka boleh menyebabkan anak batu lesung tumpul, malah mudah pecah.

Sup Mentega Kacang


Bahan-bahan:
  • 100 gm kacang tanah
  • 1/2 susu cair
  • 100 gm gula putih
  • Tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Sedikit air
Cara Membuatnya:
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak atau untuk lebih sedap kacang itu dipanggang. Kemudian tumbuk atau kisar sehingga halus.
  2. Campurkan kacang yang dikisar tadi dengan air. Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan dan masak bersama susu cair dan gula putih.
  3. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air bagi memekatkan sup. Kacau seketika dan hidangkan setelah selesai.
Selamat Mencuba!!

Udang Mentega


Bahan-bahan:
  • 300 gm udang sederhana besar (dibelah di bahagian belakangnya)
  • 1 sudu makan mentega
  • 2 biji telur kuning
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi
  • 1 mangkuk air rebusan ayam
  • Gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan mentega di dalam kuali menggunakan nyalaan api yang besar. Tuangkan telur kuning sedikit demi sedikit sambil mengacau di dalam kuali.
  2. Masukkan daun kari dan cili padi yang telah dihiris nipis dan diikuti udang yang telah siap dibersihkan.
  3. Selepas itu, masukkan air rebusan ayam dan juga gula. Angkat dan tos dengan menggunakan penapis.
  4. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!!

Daging Masak Lada Hitam


Bahan-bahan:
  • 150 gm daging
  • 1 biji lada benggala merah
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1/2 batang saleri (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang besar (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 8 hingga 10 biji lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 mangkuk air rebusan ayam
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

Cara Membuatnya:
  1. Daging dipotong dan dibersihkan. Kemudian goreng dan ketepikan seketika.
  2. Tumiskan bawang putih, lada benggala, bawang besar, halia dan lada hitam.
  3. Selepas itu masukkan air rebusan ayam bersama sos tiram, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, dan gula. Tumiskan bahan-bahan tadi untuk seketika.
  4. Akhir sekali, tutup api kemudian masukkan daging yang telah siap digoreng tadi. Angkat dan hidangkan bersama daun saleri yang dihiris nipis.